PENJELASAN BERIKUTAN IMEJ TULAR SUHU YANG DIRASAKAN DI RANTAU ASIA TENGGARA 15 APRIL 2024

15 Apr 2024

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) ingin menjelaskan mengenai imej tular di media sosial bertarikh 4 April 2024 yang lalu yang menunjukkan suhu yang tinggi di Rantau Asia Tenggara.

Suhu tinggi yang dipaparkan dalam imej berkenaan adalah suhu ‘yang dirasakan’ iaitu pengabungan suhu udara dengan kelembapan bagi Kawasan berkenaan. Suhu ‘yang dirasakan’ adalah berbeza dari suhu udara
yang direkodkan di mana, suhu udara diukur dengan alat penyukat suhu mengikut tatacara piawaian antarabangsa.

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) telah menyediakan catatan suhu maksimum harian dan juga suhu ‘yang dirasakan’ bagi beberapa kawasan di Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan infografik
infografik untuk makluman dan rujukan orang ramai yang dikongsikan melalui media sosial BDMD.

Infografik-infografik yang dimaksudkan ialah seperti berikut:


Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak berasa resah dan untuk terus mengikuti maklumat cuaca rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan ini melalui aplikasi bimbit BruneiWX dan media-media sosial BDMD iaitu
laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@brunei.weather) dan saluran Telegram kami (Brunei Weather). Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang
bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn.

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam juga ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan percaya dengan maklumat yang disebarkan melalui mana-mana aplikasi media sosial tanpa
memastikan kesahihan maklumat yang disebarkan terlebih dahulu.

Wallahu a’lam Bissawab.