Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya Bagi Tahun 1443H / 2021M Kelolaan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam

27 Oct 2021

Bandar Seri Begawan, Rabu, 20 Rabiulawal 1443H / 27 Oktober 2021

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Tahun 1443H / 2021M. Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan diadakan secara maya pada hari Rabu, 20 Rabiulawal 1443H bersamaan dengan 27 Oktober 2021.

Hadir secara maya di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Sambutan majlis tersebut diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Amalan Sunnah Rasulullah Dalam Integriti Kerja’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak, Pengasas Bersama Al-Minhaaj Centre dan Da’ie Bertauliah MUIB. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan selawat dan diakhiri dengan doa selamat dan doa dihindari dari wabak Covid-19.

Antara objektif majlis sambutan ialah untuk memperingati dan menyemarakkan sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia, Awang Haji Hairul Mohammad Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Yang Mulia, Awang Haji Salihin bin Haji Aspar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Yang Mulia, Awang Muhamad Husaini bin Aji, Pengarah Kajicuaca selaku Pengerusi Majlis, pengarah-pengarah bahagian, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua eksekutif, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya.