News & Events

PEMBERITAHUAN

12 Aug 2021

Para pelanggan yang dihargai,

Sebagai usaha Jabatan dalam membantu dan mendokong Kerajaan dalam menghindari penularan wabak virus COVID-19, Jabatan hanya akan memproses pembelian data melalui perjanjian sahaja.

Dalam mematuhi saranan Kementerian Kesihatan mengenai penjarakkan sosial, beberapa langkah akan diambil oleh pihak Jabatan:

• Pengambilan data yang dipohonkan dan pembayaran data yang dibeli adalah dilakukan pada masa perjanjian yang telah dibuat terlebih dahulu. Sila hubungi 2381342 untuk membuat perjanjian awda;

• Bilangan wakil dari setiap syarikat / agensi adalah terhad pada satu orang sahaja;

• Pemeriksaan suhu badan dan mengisi Borang Deklarasi Diri di Pos Sekuriti semasa ketibaan;

• Penggunaan sungkup muka adalah dimestikan pada setiap masa;

• Maksimum selama 30 minit bagi setiap slot perjanjian.

Terima kasih kerana memahami. Marilah kita menjadi orang yang bertanggungjawab secara sosial dan marilah kita bersama-sama menghentikan penularan virus COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.