KEMASKINI KEADAAN CUACA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 16 OGOS 2018

23 Aug 2018

Negara Brunei Darussalam telah mengalami keadaan sedikit berjerebu sejak awal minggu ini. Penurunan jarak penglihatan mendatar antara 6-8 km telah direkodkan di Stesen Pencerapan Kajicuaca Lapangan Terbang Antarabangsa. Keadaan ini adalah disebabkan oleh asap jerebu rentas-sempadan yang ditiup ke Negara kita oleh angin barat daya yang konsisten.

Merujuk peta jerebu serantau terkini (dikemaskini pada 15 Ogos 2018 seperti di atas) yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), kelompok titik panas telah dikesan terutamanya di bahagian barat Pulau Borneo.

Kita masih berada di dalam musim Monsun Barat Daya, dimana aliran angin masih dijangka pada amnya bertiup dari arah barat daya. Keadaan cuaca yang pada amnya kering dengan jumlan turunan hujan yang minimal dijangka berterusan di Negara Brunei Darussalam, dan juga kebanyakan negara-negara jiran. Jerebu asap rentas-sempadan berkemungkinan akan berterusan apabila keadaan kering terus berlaku.

Pihak Jabatan akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami juga ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman Facebook (bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

Wallahualam Bissawab.

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Khidmat-Khidmat Cuaca dan Pencerapan
Jabatan Kajicauca Negara Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
4 Zulhijah 1439 / 16 August 2018
Ruj: WSD/PR/11/2018