KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BULAN MAC 2018

03 Mar 2018

Pada bulan Mac, Negara Brunei Darussalam kebiasaannya akan mengalami keadaan cuaca yang stabil dan
kering. Di bulan ini, kita telah memasuki ke separuh fasa kedua musim Timur Laut. Dari segi klimatologi,
bulan Mac adalah dikategorikan sebagai bulan yang terkering mengikut jumlah turunan hujan jika
dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Purata turunan hujan jangka panjang (1981-2010) berdasarkan
catatan di Stesen Pencerapan Kajicuaca Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi bulan Mac adalah
130.0 mm jika dibandingkan dengan purata turunan hujan tertinggi yang biasanya dicatatkan pada bulan
Disember iaitu sebanyak 345.0 mm.

Walau bagaimanapun hujan atau hujan berpetir berasingan masih dijangka berlaku pada waktu petang dan
malam. Dari segi impak cuaca pada bulan Mac, keadaan yang stabil dan kering berkemungkinan boleh
menyebabkan perkara-perkara berikut:

 Aktiviti dan jumlah turunan hujan berkurangan;

 Peningkatan pembentukan kabus dan kabut pada awal pagi yang boleh mengurangkan jarak
penglihatan mendatar;

 Peningkatan suhu udara harian maksimum melebihi sedikit dari 34C; dan

 Keadaan kering menyebabkan risiko kebakaran dan keadan jerebu.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan
amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikutkan maklumat
keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman sosial
Facebook (bruneiweather), Instagram (@bruneiweather) dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang ramai juga
dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca melalui Talian
Cuaca 114.

Wallahualam Bissawab.

Dikeluarkan oleh:
Divisyen Khidmat-Khidmat Cuaca
Jabatan Kajicauca Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
13 Jamadilakhir 1439/1hb Mac 2018
Ref: WSD/PR/05/2018