KEMASKINI FENOMENA CUACA: EKUINOKS

22 Feb 2018

Negara Brunei Darussalam, berkedudukan berdekatan khatulistiwa, mengalami fenomena Ekuinoks
sebanyak dua kali setahun, iaitu sekitar 20 Mac dan 23 September.

Ekuinoks adalah kejadian astronomi di mana matahari akan berada di atas garis Khatulistiwa dan
menyebabkan jumlah masa bagi waktu siang dan malam adalah sama. Semasa fenomena ini berlaku,
ada kemungkinan suhu udara permukaan meningkat sedikit, namun peningkatan berkenaan adalah
tidak signifikan dan tidak menyebabkan gelombang haba.

Berdasarkan data suhu yang telah dikumpul oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, tiada rekod
peningkatan signifikan pada suhu udara permukaan semasa fenomena Ekuinoks.

Kami akan terus memantau keaadan cuaca dan iklim dari masa ke semasa dan akan mengeluarkan
nasihat cuaca jika perlu. Orang ramai boleh mendapatkan keaadan cuaca terkini melalui aplikasi
Brunei WX atau lama sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman Facebook (bruneiweather),
Instagram (bruneiweather) atau menghubungi Talian Cuaca 114.

Wallahualam Bissawab.

Dikeluarkan oleh:
Divisyen Khidmat-Khidmat Cuaca
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
04 Jamadilakhir 1439 / 20 Februari 2018
Ruj: WSD/PR/04/2018