KEMASKINI FENOMENA CUACA: PUSAR DEBU

15 Feb 2018

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam ingin memberi penerangan mengenai fenomena cuaca yang pada masa ini
menular di media-media social yang mana menunjukkan satu klip video kejadian habuk dan debu berpusar oleh
angin.

Kami ingin memaklumkan bahawa ini adalah fenomena cuaca yang dikenali sebagai pusar debu. Ianya terbentuk
apabila udara panas terus meningkat, menghasilkan tekanan rendah. Akhirnya udara sejuk mengatasi haba,
menyebabkan udara berpusing untuk membawa debu dan kotoran seterusnya mewujudkan pusar debu. Ini
adalah satu fenomena yang biasa terjadi, ianya biasa terbentuk semasa cuaca cerah. Kejadian ini biasanya
tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya orang ramai mengelakkan dan
menjauhkan diri darinya.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran
cuaca jika perlu. Untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini, orang ramai bolehlah menghubungi Pegawai
Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman
sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman sosial Facebook dan Instagram (bruneiweather) dan aplikasi
bimbit Brunei WX.

Wallahualam Bissawab.

Dikeluarkan oleh:
Divisyen Khidmat-Khidmat Cuaca,
Jabatan Kajicauca Negara Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
28 Jamadilawal 1439 / 14 February 2018
Ruj: WSD/PR/03/2018