KEMASKINI FENOMENON CUACA: FUNNEL CLOUD

05 Feb 2018

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam ingin memberi penerangan mengenai fenomena cuaca yang pada masa ini
menular di aplikasi Whatsapp dan media-media social.

Kami ingin memaklumkan bahawa ini adalah fenomena cuaca biasa yang dikenali sebagai “funnel cloud”. Ianya
adalah awan berbentuk corong terhasil daripada titisan air, yang mempunyai ruang angin yang berputar,
membentuk dari bahagian bawah awan (biasanya awan cumulonimbus atau awan cumulus) dan tidak mencecah
ke permukaan tanah. Manakala, bila kejadian fenomena cuaca ini berlaku di atas permukaan air, ianya dikenali
sebagai “water spout”.

“Funnel cloud” selalunya memiliki jangka hayat yang pendek dan adalah tidak berbahaya kecuali apabila ianya
mencecah permukaan tanah. Walau bagaimanapun, orang ramai terutama pelaut-pelaut dinasihatkan supaya
menjauhkan diri dari “funnel cloud” apabila fenomena ini berlaku.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran
cuaca jika perlu. Untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini, orang ramai bolehlah menghubungi Pegawai
Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman
sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman sosial Facebook dan Instagram (bruneiweather) dan aplikasi
bimbit Brunei WX.

Wallahualam Bissawab.

Dikeluarkan oleh:
Divisyen Khidmat-Khidmat Cuaca,
Jabatan Kajicauca Negara Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
17 Jamadilawal 1439 / 03 February 2018
Ruj: WSD/PR/01/2018