KEMASKINI KEADAAN CUACA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM – 19 DISEMBER 2017

19 Dec 2017

Pada 19 Disember 2017 pukul 2.00 petang waktu setempat, Ribut Tropika Kai-Tak berada di Laut China Selatan (8.5°N 115.3°E ) iaitu di Utara Negara Brunei Darussalam dan diramalkan akan terus berada di Laut China Selatan sambil bergerak ke arah Barat Daya dan akan beredar jauh dari negara kita.

Keadaan cuaca lembap dengan hujan berintensi lebat sekali sekala dengan risiko banjir atau banjir kilat, angin kencang mencapai sehingga 45 kmsj, dan ombak bergelora sehingga 4.0m masih dijangka berlaku di Negara kita iaitu kesan daripada Ribut Tropika Kai-Tak. Kesan sampingan sistem Ribut Tropika Kai-Tak ini dijangka akan mula berkurangan bermula pada 21 Disember 2017.

Sementara itu, Lekukan Tropika (Tropical Depression) yang berada di Lautan Barat Pasifik (Timur Filipina) diramalkan bergerak menuju Filipina dan kemudian bergerak ke kawasan Laut China Selatan. Ianya boleh menyebabkan cuaca di negara kita kembali berkeadaan lembap dengan hujan lebat sekali sekala. Keadaan cuaca aktif ini dijangka akan mula menjejaskan negara bermula 24 Disember 2017 sehingga 26 Disember 2017.

Kami akan terus memantau perkembangan Ribut Tropika Kai-Tak dan juga Lekukan Tropika (Tropical Depression) berkenaan dan akan mengemaskini maklumat dan mengeluarkan nasihat atau amaran cuaca jika perlu.

Orang ramai, pemandu di jalan raya dan juga para pelaut adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah yang sewajarnya demi keselamatan semua, terutamanya semasa keadaan cuaca hujan yang kadang-kala lebat, angin kencang dan keadaan ombak yang Bergelora.

Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat, nasihat atau amaran cuaca dan laut terkini dengan memuat turun aplikasi bimbit Brunei WX atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman sosial Facebook (bruneiweather) dan Instagram (@bruneiweather). Orang ramai juga boleh menghubungi Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca melalui Talian Cuaca 114.
Wallahualam Bissawab.


Dikeluarkan oleh:
Divisyen Khidmat-Khidmat Cuaca
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
01 Rabiulakhir 1439 / 19 Disember 2017
Ruj: WSD/PR/12/2017