KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 02 OKTOBER 2021

02 Oct 2021

Keadaan Cuaca Brunei Darussalam:
Negara Brunei Darussalam kini dalam tempoh peralihan monsun.

Cuaca negara tidak menentu bermula hari ini, 02 Oktober 2021 sehingga 07 Oktober 2021 dengan keadaan cuaca dijangka berangin dan hujan sekali-sekala melintasi negara. Hujan dijangka lebat sekali-sekala dengan kelajuan angin boleh meningkat sehingga 45 kmsj di kawasan darat dan boleh mencapai 60 kmsj di kawasan laut.

Keadaan laut berombak di paras sederhana dan boleh mencapai paras bergelora 2.0 m semasa hujan lebat dan berangin.

Nasihat Kami:
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil perhatian akan risiko tinggi berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat. Kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan dan keadaan berangin.

Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan mengambil langkah-langkah awal atau perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan. Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook @bruneiweather dan Instagram @bruneiweather.

Wallahu a’lam Bissawab.