KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 03 OKTOBER 2020

05 Oct 2020

Keadaan Secara Am:
Negara Brunei Darussalam sedang menghampiri penghujung Monsun Barat Daya. Oleh itu, Negara kita masih akan mengalami keadaan cuaca yang tidak menentu dan sekali sekala berlaku hujan ribut petir berserta angin kencang yang mungkin disebabkan oleh pembentukkan sistem siklon seperti ribut tropika dan taufan di kawasan Barat Lautan Pasifik dan kawasan Laut China Selatan.

Keadaan Cuaca Brunei Darussalam Bagi Tempoh Beberapa Hari Akan Datang:
Keadaan cuaca yang tidak menentu dijangka berlaku selama beberapa hari sehingga ke pertengahan minggu hadapan. Hujan lebat dan berpetir dan kadang kala disertai angin kencang djangka berlaku dengan kelajuan angin mencapai sehingga 50 kmsj.

Manakala ketinggian ombak di kawasan perairan Brunei Darussalam adalah di paras Sederhana ke Bergelora sehingga 2.5m.

Nasihat Kami:
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil perhatian akan risiko banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir semasa hujan lebat dan juga bahaya kejadian pokok tumbang semasa keadaan berangin.

Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan mengambil langkah-langkah awal atau perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam akan terus memantau perkembangan keadaan cuaca dari masa ke semasa dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika dan bila perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikuti maklumat keadaan cuaca terkini dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114 atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman sosial media, Facebook (bruneiweather), Instagram (@bruneiweather) dan aplikasi bimbit Brunei WX.

Wallahu a’lam Bissawab.