FENOMENA CUACA SQUALL LINE DICERAP DI BRUNEI DARUSSALAM

15 Jun 2020

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) ingin mengongsikan dengan orang ramai mengenai satu fenomena cuaca dipanggil squall line yang diperhatikan pada hari Ahad, 7 Jun 2020 sekitar jam 7.30 pagi
di Negara kita.

Squall line adalah kumpulan aktiviti konvektif yang sangat aktif, selalunya disertai dengan ribut petir dan angin kencang. Di barisan depan squall line sering kali terdiri dari awan Arcus. Kebiasaannya, terdapat dua jenis awan Arcus,iaitu awan rak (shelf cloud) dan juga awan gulung (roll cloud). Awan rak adalah merupakan salah satu ciri yang boleh didapati pada awan Cumulonimbus (awan ribut petir).

Di Negara kita, awan rak adalah awan yang lazimnya dilihat pada masa sekarang, iaitu semasa Musim Barat Daya.

Penggemar-penggemar awan boleh mengongsikan koleksi gambar-gambar awan dengan Jabatan kami melalui Facebook atau Instagram kami @bruneiweather. Untuk mengetahui atau pertanyaan yang lebih lanjut mengenai
awan-awan yang berbeza dicerap di Brunei Darussalam, orang ramai boleh menghantar e-mel kepada kami di contact@met.gov.bn dan juga boleh menghubungi Peramal Cuaca melalui Talian Cuaca 114 untuk sebarang
maklumat lanjut mengenai cuaca.