KEMASKINI KEADAAN CUACA BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 21 MAC 2019

21 Mar 2019

Negara Brunei Darussalam, berkedudukan berdekatan khatulistiwa, mengalami kejadian Ekuinoks sebanyak dua kali setahun, iaitu sekitar 20 Mac dan 23 September.
Ekuinoks adalah kejadian astronomi di mana matahari akan berada tepat di atas garis Khatuslitiwa dan menyebabkan jumlah masa bagi waktu siang dan waktu malam menjadi sama. Semasa ia berlaku, suhu udara permukaan berpotensi untuk meningkat sedikit, namun peningkatan berkenaan adalah tidak signifikan dan tidak akan menyebabkan gelombang haba.

Berdasarkan data suhu udara yang telah dicerap oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, tiada rekod peningkatan ketara pada suhu udara permukaan semasa kejadian Ekuinoks. Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Kami ingin menasihati orang ramai supaya akan dapat mengikutkan maklumat keadaan cuaca terkini dengan melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau mengikuti laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@bruneiweather), dan aplikasi bimbit Brunei WX. Orang awam juga dapat menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

Wallahu aÂ’lam Bissawab.