MAJLIS SAMBUTAN MAÂ’AL HIJRAH BAGI TAHUN 1440H DAN DOA KESYUKURAN BAGI KEPULANGAN JEMAAH HAJI WARGA KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN JABATAN-JABATAN SERTA PIHAK-PIHAK BERKUASA DIBAWAHNYA KELOLAAN JABATAN KAJICUACA

13 Sep 2018

13 September 2018 – Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam telah mengelolakan Majlis Sambutan
MaÂ’al Hijrah Tahun 1440H bagi Kementerian Perhubungan dan juga jabatan-jabatan dan agensiagensi
di bawahnya pada pagi ini di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan. Antara
tujuan lain majlis ini diadakan juga ialah untuk sama-sama membaca doa kesyukuran bagi
kepulangan Jemaah Haji Kementerian Perhubungan, jabatan-jabatan dan agensi-agensi di
bawahnya. Tema sambutan Ma’al Hijrah pada tahun ini ialah ‘Ilmu dan Amal Nadi Wawasan Negara’.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang
Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof, Menteri Perhubungan. Turut hadir ialah Awang
Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin
Haji Awang Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Pengarah-Pengarah, ketuaketua
Jabatan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Perhubungan, jabatan-jabatan dan pihak-pihak berkuasa di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan
daripada Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan,
Kementerian Perhubungan. Majlis turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Yang
Mulia Ustaz Awang Muhammad Fatin Abdul Rahman bin Kifli, Da‘ie Bertauliah Majlis Ugama Islam
Brunei. Acara kemudian diteruskan dengan Dikir Marhaban bagi meraikan kepulangan jemaah-jemah
haji yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Perhubungan, jabatan-jabatan dan pihak-pihak
berkuasa di bawahnya.

Majlis sambutan ini diadakan bukan sahaja sebagai majlis perkongsian ilmu agama tetapi juga
bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara sesama warga Kementerian Perhubungan
dan juga warga jabatan-jabatan serta pihak-pihak berkuasa di bawahnya.

Disediakan oleh:
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam
Kementerian Perhubungan
Negara Brunei Darussalam